JellyPages.com

Jumaat, 31 Mei 2013

KEBURUKAN INTERNET


Keburukan Internet

Internet  bukan sahaja memberi manfaat yang berguna dan medan mencari maklumat, bahkan ada keburukan  dan kelemahannya juga. Kadang-kadang kita sebagai pengguna tidak tahu yang disebalik banyak kelebihan, terdapat juga keburukan di sebalik itu.

Internet adalah tempat mencari maklumat tetapi kita harus berhati-hati dalam mencari kerana maklumat dalam internet tidak semestinya betul. Adakala maklumat di salah tafsirkan dan ditokok tambah pengguna yang menyalahgunakan internet. Dengan itu, kita perlu mencari sumber yang banyak untuk pengesahan sesuatu maklumat yang dicari.

Selain itu, pengguna juga mudah terpengaruh kepada sesuatu yang tidak baik dan menjadi trend seperti gyomi yakni ramai yang meniru orang luar negara membuat video gyomi dan upload ke dalam youtube untuk dijadikan tontonan orang ramai.

Tambahan pula, ianya juga boleh melalaikan pengguna internet itu dengan kerana mereka menggunakan internet dalam jangka masa yang panjang, sampai lupe tanggungjawab mereka sebagai pelajar, suri rumah dan sebagainya.

Akhir sekali, dengan penggunaan sesuatu laman web seperti youtube senang bagi pengguna untuk mendapatkan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar dan video klip. Ini boleh mendorong kepada perbuatan maksiat, menyalahi hukum agama dan undang-undang negara.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna buat anda semua.

WASSALAM..

  



Rabu, 29 Mei 2013

KHASIAT GARAM UNTUK BADAN KITA







Assalamualaikum semua..disini saya berkongsi tentang khasiat garam Mesti ada yang tak tahu kan yang garam ada khasiat, bukan hanya untuk menyedapkan makanan sahaja.Garam sebenarnya banyak khasiatnya kalau kita amalkan makan secubit garam sebelum dan selepas makan seperti amalan Rasulullah.

Ini kerana, ianya boleh menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun supaya senang untuk kita membuang air besar yakni tidak sembelit. Ianya juga akan mengelakkan diri kita daripada terkena keracunan makanan.

Selain itu, apabila badan kita kurang pengambilan garam, badan kita akan merasa lemah dan tidak bermaya lemah yakni tiada tenaga yang secukupnya kerana pengambilan garam dalam badan kita juga akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk menjalani kehiduan kita.


Dengan itu juga, amalkan secubit garam sebelum dan selepas makan juga dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, sakit kepala dan macam-macam lagi.
Apabila tapak kaki kita ada rekahan, kita boleh rendamkan kaki kita dengan air suam larutan garam supaya dapat menghilangkan rekahan tersebut.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh mandi dengan air larutan garam supaya dapat menyegarkan badan dengan bertenaga, menghilangkan kuman dan memulihkan kudis-kudis dan sel-sel mati yang ada di dalam badan kita.
Akhir sekali, ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda semua mengenai khasiat garam. Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

WASSALAM..

Sabtu, 25 Mei 2013

Hidup Ini Tidak Semudah Yang Disangka


Hidup Ini Tidak Semudah Yang Disangkakan

Hidup ini seperti roda, adakala aku di atas dan adakala aku dibawah dengan aku merasakan apa yang aku buat betol dan adakalanya apa yang aku buat semuanya salah. 

Aku sering ditimpa dugaan yang amat berat, tetapi aku tidak mengeluh kerana ini adalah dugaan daripada Allah untuk menguji kesabaran kita.

Aku begitu takut untuk menempuh hari-hariku yang akan datang, yakni disaat tua mengejarku. Kadang-kadang, aku terasa hilang semangat untuk meneruskan hidup kerana berasa takut untuk menempuh dugaan dan cabaran pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, terasa diri ini tidak mampu untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. Perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangka dan yang diangan-angankan. Setiap ujian, dugaan dan cabaran itu harus aku tempuh walau seberat manapun dan sesusah manapun.

Ini kerana, setiap kejadian yang Allah tetapkan, pasti ada hikmah disebaliknya. Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya.

Walau sejauh mana berat ujian dan dugaan yang kita pikul dan harungi, sentiasa redha, berfikir bahawa setiap kejadian ada hikmah disebaliknya dan hendaklah bersangka baik dengan aturanNya kerana ia adalah percaturan tiket kita kesana kelak.

Dengan itu juga,kita harus bersedia dalam apa jua keadaan dan berusaha bersungguh-sungguh dan bijak mengatur dalam menjalani kehidupan kita.


Ahad, 19 Mei 2013

DUGAAN DAN MASALAHKU FROM ALLAH





MASALAH-MASALAH HIDUPKU…


Hidup ini tidak pernah lari daripada dugaan dan masalah. Malah sering kali setelah selesai satu masalah, datang pula masalah yang lain. Lebih mencabar lagi apabila masalah ini melanda berterusan dan bertimpa-timpa. Pastinya  “kepal bagai nak pecah dibuatnya”, bingung, stres dan perasaan tidak keruan menguasai diriku.

Masalah yang sering menimpaku adalah masalah yang berkaitan dengan pembelajaranku, apatah lagi masalah dalam membuat proposal thesis, semua yang dibuat tidak betul. Kepala akan jadi serabut. Lebih bahayanya lagi, hilang semangat hendak meneruskan pembelajaran apabila ditimpa masalah ini setelah  merasakan tiada lagi penyelesaian yang baik.

Kadang-kadang, aku berfikir sejenak dan berkata dalam hati “kenapa orang lain boleh buat, tapi aku tak boleh buat”, memang ini yang selalu kuperkatakan apabila sering ditimpa masalah berkaitan dengan pelajaranku yakni, assignment, presentation dan thesis.

Nak tak nak, aku kena cari jalan penyelasaian akan masalah yang menimpa diriku ini yakni yang dapat memuaskan hati pensyarah. Setahu saya, Allah tidak akan menimpakan masalah dan dugaan yang diluar kemampuan kita.

Dengan itu, aku tidak boleh cepat melatah ,mengambil jalan singkat melarikan diri dripada masalah dan berserah tanpa ada usaha. Aku harus mencari jalan penyelesaian dengan sebaik mungkin dengan meminta bantuan tuhan. InsyaALLAH, aku boleh. 

Aku tidak hanya meminta bantuan dan berdoa kepada Allah sahaja, aku kena berusaha lebih keras lagi untuk menangani masalah yang aku alami . Aku cuba mendekati diriku dengan Allah S.W.T dengan cara berzikir,membaca Al-quran dan mengamalkan solat-solat sunat.






Ahad, 12 Mei 2013

MEDIA SOSIAL MENGELIRUKAN



Media Sosial Mengelirukan

Laman sosial lebih mengelirukan terutama semasa dan selepas keputusan undian PRU 13 dikeluarkan dan disiarkan melalui media cetak dan media elektronik kerana ada dikalangan pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter menyebarkan atau mengeluarkan kenyataan mengenai PRU 13 yang tidak tepat dan keputusan yang tidak rasmi.
Dengan itu, saya berasa amat sedih apabila pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi tempat menabur fitnah mengenai hal-hal dan pihak-pihak yang berkaitan dengan PRU 13,sepatutnya laman sosial tersebut menjadi tempat berkongsi maklumat antara pengguna laman sosial dan tempat untuk pengguna memberi input yang berguna untuk dimanfaatkan kepada pengguna lain.
Hal ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana ianya akan memecah-belahkan lagi rakyat di bumi Malaysia ini dan boleh menimbulkan pergaduhan atau pertelagahan antara pengguna laman sosial tersebut. Rakyat Malaysia sepatutnya bersatu untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk mereka.
       Oleh itu, individu yang bergelar pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter mestilah berhati-hati apabila mahu komen atau suka akan kenyataan dan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

       Tambahan pula, mungkin individu atau pengguna tersebut tidak tahu apa yang terjadi selepas apa yang mereka keluarkan dalam mereka punya laman sosial. Sebenarnya, mereka juga boleh dikenakan tindakan atas apa yang mereka perkatakan dalam akaun laman sosial mereka sama ada melalui Facebook dan Twitter.


                                                                 

PEMAKANAN YANG SIHAT



YANG BERGUNA BUAT ORANG YANG INGIN KEPADA PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT

Kita mestilah kurangkan pengambilan gula dalam makanan kerana adalah salah satu bahan makanan yang akan mengekalkan lemak dalam badan kita. Air gas adalah contoh air yang paling banyak gula seperti air coca-cola dan pepsi.

Dengan itu, kita hendaklah minum air kosong yang telah dimasak setiap hari, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya badan kita sihat dan terhindar daripada penyakit yang merbahaya seperti kencing panas dan darah tinggi.

Selain itu, salah satu makanan yang perlu kita elakkan pengambilan  ubi kentang dalam pemakanan seharian kita secara kerap atau banyak kerana ubi kentang mengandungi banyak karbohidrat.

Ini kerana, pengambilan karbohidrat yang banyak akan mengakibatkan kegemukan. Ia juga adalah salah satu makanan yang akan mengekalkan lemak dalam badan kita.

Tambahan pula, kita juga hendaklah mengelak makan makanan yang berminyak kerana minyak adalah salah satu bahan yang sangat berlemak. Dengan itu, apabila kita memasak sesuatu, kurangkan pakai minyak.

Adalah lebih baik kita mengamalkan makan masakan seperti sup, tomyam, singgam, bakar, stim dan sebagainya untuk mengelakkan makan masakan yang berlemak dan berminyak.

Selain itu juga, kita janganlah kerap sangat minum air batu selepas makan nasi seperti nasi minyak dan nasi lemak kerana ais itu akan mengekalkan lemak dalam badan kita.

Tambahan lagi, kita juga mestilah mengelakkan makan makanan yang mengandungi lemak tepu seperti kek, donat, pizza dan burger kerana lemak tepu adalah bahan makanan yang mengandungi paling banyak lemak. Dengan itu, apabila kita makan makanan tersebut secara kerap dan banyak, badan kita akan membesar dan naiK.

Semoga tips ini berguna pada anda....



Selasa, 23 April 2013

SESUSAH MANAPUN RAKYAT MALAYSIA, SUSAH LAGI RAKYAT PALESTIN


Pada hari khamis bersamaan dengan 28 Mac 2013, saya dan kawan-kawan telah pergi ke program yang dinamakan Malam Palestin Kami Bersamamu pada pukul 8.30 malam yang bertempat di DKP 3 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Personaliti undangan yang diundang khas untuk menjayakan program ini adalah farrah Adeeba dan Salima Habibi sebagai duta palestin. Banyak pengalaman mereka semasa pergi dan berada di bumi Palestin yang dikongsikan dengan kami. mereka juga menyarankan bahawa sesusah-susah rakyat Malaysia, susah lagi rakyat Palestin dan umat Islam mestilah bersatu padu untuk menjadikan negara kita (negara Malaysia) sentiasa aman dan damai yakni jangan lah kita berpecah belah.
Antara pengalaman mereka yang mereka ceritakan sewaktu mereka melawat rakyat Palestin yang masih selamat dan berada di dalam sebuah hospital di bumi Palestin adalah mereka ada menemui seorang lelaki tua yang sudah kehilangan isteri dan anak-anaknya kerana meninggal dunia semasa peperangan oleh golongan yahudi laknatullah.  Beliau berkata kepada mereka Isteri dan anak-anakya meninggal dunia di depan mata dan kepalanya sendiri. Lelaki tua tersebut kehilangan sebelah kakinya. Beliau mengatakan kakinya sudah menunggu beliau di Syurga Allah.
Apabila ditanyakan oleh mereka tentang perasaan beliau selepas kehilangan orang yang tersayang. Beliau mengatakan bahawa beliau redho dengan ketentuan Allah dan berasa  sedih tetapi tidak lama, bahkan beliau gembira kerana ahli keluarga beliau sudah menjadi Mujahidin dan Mujahidat di Syurga Allah. Mereka juga ada menyanyakan kepada beliau soal macam mana beliau nak teruskan hidup tanpa orang-orang yang tersayang, beliau menjawab bliau akan kahwin dan ingin melahirkan anak-anak yang ramai untuk dilahirkan sebagai pejuang-pejuang Islam di bumi Palestin. Mereka menyatakan bahawa jawapan beliau di luar jangkaan mereka sendiri. Mereka juga terkejut mendengar jawapan lelaki tua itu.
Selain itu, mereka juga menayangkan video kepada kami sewaktu peperangan dan bom dilepaskan kepada rakyat di bumi palestin. Ramai diantara mereka yang meninggal dunia dan ramai juga yang cedera parah terutama golongan wanita dan kanak-kanak. Sungguh syahdu sekali saya melihat mereka yang meninggal dunia,cedera parah, dan yang kehilangan ahli keluarga mereka. Mereka juga ada memberitahu kami yang bantuan dan derma dari rakyat negara Malaysia yang mula-mula sampai di bumi Palestin dan rakyat di negara turki.
Dengan itu, saya dapat merasakan betapa sakit dan deritanya mereka yang terselamat untuk meneruskan hidup tanpa orang-orang yang disayangi di sisi mereka. Tetapi mereka redho dengan ketentuan Allah ini terhadap mereka malah mereka bersyukur kerana ahli keluarga mereka sudah menjadi mujahidin dan mujahidat di Syurga Allah. Selepas saya mengikuti program seperti ini, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana tinggal di bumi Malaysia yang aman dan damai tanpa serangan musuh dan peperangan tidak diingini, الحمد لله.

Selasa, 19 Mac 2013

CARA-CARA MENIKMATI HIDUP BERSAMA ILLAHI



CARA MENIKMATI HIDUP BERSAMA ILLAH

1.      Solat 
Inilah salah satu cara-cara untuk menikmati hidup bersama Illahi. Ibadah solat adalah yang paling utama dan yang menjadi tiang agama Islam. Solat terhadap Allah adalah cara untuk bercakap dengan Allah. Dengan setiap bacaan dan doa yang dibaca di dalam solat adalah benda yang dicakapkan dengan Allah iaitu meminta petunjuk,keampunan dan pertolongan dari Allah.Dengan kegiatan seperti inilah kita dapat merasakan menikmati hidup berssam aIlahi.

2.   Menjauhi maksiat
Dalam hal ini bahagaian yang pertama, iaitu meninggalkan larangan, adalah lebih berat dari yang bahagian yang kedua, iaitu menunaikan yang diperintah. Ini adalah kerana pada hakikatnya bahagian yang diperintah boleh dlakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Walhal, untuk meninggalkan yang dilarang, ianya hanya dapat dilakukan oleh mereka yang berjiwa luhur dan berhati bersih.

3.     Membaca Al-quran
Kandungannya merangkumi segala dasar syariat yang ada dalam kitab suci diturunkan sebelumnya. Mereka yang beriman dengan al-Quran akan membaca, memahami, beramal serta mengajarnya kepada orang lain. Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca.

4.   Bersyukur akan nikmat Allah
Nikmat adalah salah satu bentuk ujian yang akan membawa manusia memperoleh darjat yang lebih tinggi, di dunia dan di akhirat. Namun sangat disayangkan, ternyata nikmat juga merupakan salah satu bentuk ujian Allah swt bagi hamba-Nya yang banyak melalaikan mereka dari mengingat dan taat kepada Allah swt.

5.     Sentiasa bertaubat kepada Allah setelah membuat dosa kepadaNya
Sebagai manusia kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa,namun kita dikurniakan akal untuk memilih atau membezakan yang manakah benar dan yang manakah salah. Adalah amat rugi jika kita berkekalan dalam kesalahan ataupun dosa yang kita lakukan baik sengaja ataupun tidak. 
 
6.      TAQWA
Kalimah ‘Taqwa’ asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.

7.     MUHASABAH DIRI
Pada fahaman saya,  muhasabah diri bermaksud kita berfikir dan ingat kembali apa yang sudah kita lakukan, sama ada banyak berbuat baik atau banyak berbuat salah. Kalau kita berbuat salah kepada Allah.,bertaubatlah dan kalau kita berbuat salah pada orang lain, hendaklah kita meminta maaf.

8.    Berzikir
Zikir atau mengingat Allah adalah apa yang dilakukan oleh hati dan lisan berupa tasbih atau mensucikan Allah SWT, memuji dan menyanjungNya, menyebut sifat-sifat kebesaran dan keagungan serta sifat-sifat keindahan dan kesempurnaan yang telah dimilikiNya.

9.     MELAKUKAN AMALAN-AMALAN SUNAT DAN MENGERJAKAN IBADAT SUNAT
Melakukan amalan-amalan sunat seperti menderma kepada institusi-institusi yang layak menerima,bersedekah kepada fakir miskin. Mengerjakan ibadah-ibadah sunat pula adalah bangun dari tidur pada waktu malam untuk solat taubat,tasbih,tahjud,sunat dan sebagainya.

10.  SABAR MENGHADAPI DUGAAN ALLAH
Sesungguhnya kita hendaklah bersabar menghadapi semua dugaan dan ujian hidup ini kerana disebalik sabar itu ada ganjaran syurga yg menanti.  Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi.

Ahad, 17 Mac 2013

INDAHNYA MENIKMATI HIDUP BERSAMA ILLAHI



Betapa seronok dan indahnya hidup jika dapat menikmati hidup bersama Illahi.Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa mendidik dan mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur di atas segala limpah kurnia-Nya. Banyak untaian ayat-ayat al-Quran yang agong menyeru agar kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.



             Manusia diciptakan dan diurus oleh Allah SWT. Tugas kita di dunia ini adalah menjadi hamba Allah. Mematuhi apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang Allah. Perkara rezeki adalah mutlak dalam genggaman Allah. Kalau kita patuh kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan Allah, Sang Pemberi rezeki pasti akan menjamin segala keperluan rezekinya.
         

           Hati akan merasa nikmat tatkala mampu beribadah dengan khusyuk, dengan memperbanyak zikir yang tenang, berpuasa di siang hari dan solat malam dikala orang tidur. Kenikmatan yang ditemukan tatkala membantu sesama muslim, meringankan beban mereka dan mengurusi kebutuhannya.

      

             Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.  Apabila sudah mencukupkan keperluan seseorang manusia. Maka seseorang itu dapat merasakan keindahan hidup bersama Illahi.

      

.           Kemampuan seorang hamba untuk menikmati solatnya bisa jadi menjadi ukuran kualiti solatnya. Akankah kenikmatan yang sejati berupa hidup bersama Allah dapat diraih oleh orang-orang yang masih belum mampu meninggalkan maksiatnya walaupun ibadahnya banyak ??? saya yakin tidak dan kita memohon kepada Allah agar diselamatkan dari banyaknya ibadah yang tidak membekas dihati, diganti dengan perasaan nikmat ketika beribadah senantiasa berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan khusyuk dalam beribadah kepadaMu… amiin.

Sabtu, 16 Mac 2013

ZIKIR PENENANG HATI



ZIKIR PENENANG JIWA

Banyak amalan yang diperintahkan dan oleh Allah kepada hambaNya,antaranya ialah zikir. Zikir bermaksud memperingati Allah dengan bertaubat,bersyukur.memuji kepadaNya. Amalan ini adalah amalan utama yang tidak boleh diabaikan oleh orang islam kerana amalan ini akan menunjukkan iman dan islamnya seseorang itu. Oleh itu.amalan ini sangat penting dalam kehidupan  dan kita  terapkan dalam diri sebagai khalifah Allah dan umat islam di muka bumi ini. Zikir juga adalah amalan yang paling mulia di sisi Allah.

Zikir adalah amalan yang dilakukan melalui hati dengan memperbanyakkan berfikir,merenung dan muhasabah diri atau  melalui lisan dengan menyebut kalimah-kalimah agung seperti istigfar,tasbih,tahmid.takbir dan lain-lain. Setiap kalimah itu ada maksud dan hikmahnya yang tersendiri. Dengan menyebut kalimah-kalimah itu,kita berasa ada hubungan yang dekat dengan Allah S.W.T pada setiap masa dan keadaan Allah melihat kita. Dengan itu,kita tidak akan berani melakukan dosa dan kita rasa takut akanNya.
Apabila kita ditimpa musibah justeru hati kita menjadi gelisah dan tidak tenteram, kita hendaklah berzikir dengan memperingati Allah. Ini kerana,hanya dengan berzikir,hati kita menjadi tenang dan tenteram. Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah dalam surah Ar.Ra’d,ayat 28,(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.
Zikir juga adalah amalan yang ringan tetapi berat timbangannya disisi Allah. Amalan-amalan yang dituntut Allah kepada hambaNya mesti mempunyai kehebatannya sendiri seperti amalan zikir ini,walaupun amalan ini amalan yang ringan berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Ini kerana amalan zikir dilakukan melalui hati dan lisan sahaja sedangkan amalan-amalan lainnya perlu dilakukan dengan anggota tubuh badan,hati dan lisan juga. Dengan kita memperbanyakkan amalan berzikir,mudah bagi kita untuk khusyuk dalam beribadat kepada Allah seperti menghadap Allah iaitu solat.
Antara kehebatan amalan ini adalah dapat menyucikan diri iaitu merawat penyakit-penyakit batin yang ada di dalam diri kita seperti sombong,bersangka buruk,cemburu,suka dipuji dan lain-lain. Disebabkan itulah,Allah menyuruh kita sebagai umatNya mengamalkan zikir pada setiap hari. Dengan itu,kita akan mendapat fadhilat,hikmah dan ganjaran pahala yang besar disisiNya dengan menerapkan amalan zikir pada hari-hari kita.