JellyPages.com

Ahad, 12 Mei 2013

MEDIA SOSIAL MENGELIRUKAN



Media Sosial Mengelirukan

Laman sosial lebih mengelirukan terutama semasa dan selepas keputusan undian PRU 13 dikeluarkan dan disiarkan melalui media cetak dan media elektronik kerana ada dikalangan pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter menyebarkan atau mengeluarkan kenyataan mengenai PRU 13 yang tidak tepat dan keputusan yang tidak rasmi.
Dengan itu, saya berasa amat sedih apabila pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi tempat menabur fitnah mengenai hal-hal dan pihak-pihak yang berkaitan dengan PRU 13,sepatutnya laman sosial tersebut menjadi tempat berkongsi maklumat antara pengguna laman sosial dan tempat untuk pengguna memberi input yang berguna untuk dimanfaatkan kepada pengguna lain.
Hal ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana ianya akan memecah-belahkan lagi rakyat di bumi Malaysia ini dan boleh menimbulkan pergaduhan atau pertelagahan antara pengguna laman sosial tersebut. Rakyat Malaysia sepatutnya bersatu untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk mereka.
       Oleh itu, individu yang bergelar pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter mestilah berhati-hati apabila mahu komen atau suka akan kenyataan dan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

       Tambahan pula, mungkin individu atau pengguna tersebut tidak tahu apa yang terjadi selepas apa yang mereka keluarkan dalam mereka punya laman sosial. Sebenarnya, mereka juga boleh dikenakan tindakan atas apa yang mereka perkatakan dalam akaun laman sosial mereka sama ada melalui Facebook dan Twitter.


                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan