JellyPages.com

Selasa, 23 April 2013

SESUSAH MANAPUN RAKYAT MALAYSIA, SUSAH LAGI RAKYAT PALESTIN


Pada hari khamis bersamaan dengan 28 Mac 2013, saya dan kawan-kawan telah pergi ke program yang dinamakan Malam Palestin Kami Bersamamu pada pukul 8.30 malam yang bertempat di DKP 3 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Personaliti undangan yang diundang khas untuk menjayakan program ini adalah farrah Adeeba dan Salima Habibi sebagai duta palestin. Banyak pengalaman mereka semasa pergi dan berada di bumi Palestin yang dikongsikan dengan kami. mereka juga menyarankan bahawa sesusah-susah rakyat Malaysia, susah lagi rakyat Palestin dan umat Islam mestilah bersatu padu untuk menjadikan negara kita (negara Malaysia) sentiasa aman dan damai yakni jangan lah kita berpecah belah.
Antara pengalaman mereka yang mereka ceritakan sewaktu mereka melawat rakyat Palestin yang masih selamat dan berada di dalam sebuah hospital di bumi Palestin adalah mereka ada menemui seorang lelaki tua yang sudah kehilangan isteri dan anak-anaknya kerana meninggal dunia semasa peperangan oleh golongan yahudi laknatullah.  Beliau berkata kepada mereka Isteri dan anak-anakya meninggal dunia di depan mata dan kepalanya sendiri. Lelaki tua tersebut kehilangan sebelah kakinya. Beliau mengatakan kakinya sudah menunggu beliau di Syurga Allah.
Apabila ditanyakan oleh mereka tentang perasaan beliau selepas kehilangan orang yang tersayang. Beliau mengatakan bahawa beliau redho dengan ketentuan Allah dan berasa  sedih tetapi tidak lama, bahkan beliau gembira kerana ahli keluarga beliau sudah menjadi Mujahidin dan Mujahidat di Syurga Allah. Mereka juga ada menyanyakan kepada beliau soal macam mana beliau nak teruskan hidup tanpa orang-orang yang tersayang, beliau menjawab bliau akan kahwin dan ingin melahirkan anak-anak yang ramai untuk dilahirkan sebagai pejuang-pejuang Islam di bumi Palestin. Mereka menyatakan bahawa jawapan beliau di luar jangkaan mereka sendiri. Mereka juga terkejut mendengar jawapan lelaki tua itu.
Selain itu, mereka juga menayangkan video kepada kami sewaktu peperangan dan bom dilepaskan kepada rakyat di bumi palestin. Ramai diantara mereka yang meninggal dunia dan ramai juga yang cedera parah terutama golongan wanita dan kanak-kanak. Sungguh syahdu sekali saya melihat mereka yang meninggal dunia,cedera parah, dan yang kehilangan ahli keluarga mereka. Mereka juga ada memberitahu kami yang bantuan dan derma dari rakyat negara Malaysia yang mula-mula sampai di bumi Palestin dan rakyat di negara turki.
Dengan itu, saya dapat merasakan betapa sakit dan deritanya mereka yang terselamat untuk meneruskan hidup tanpa orang-orang yang disayangi di sisi mereka. Tetapi mereka redho dengan ketentuan Allah ini terhadap mereka malah mereka bersyukur kerana ahli keluarga mereka sudah menjadi mujahidin dan mujahidat di Syurga Allah. Selepas saya mengikuti program seperti ini, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana tinggal di bumi Malaysia yang aman dan damai tanpa serangan musuh dan peperangan tidak diingini, الحمد لله.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan