JellyPages.com

Daily Calendar

Selasa, 19 Mac 2013

CARA-CARA MENIKMATI HIDUP BERSAMA ILLAHI



CARA MENIKMATI HIDUP BERSAMA ILLAH

1.      Solat 
Inilah salah satu cara-cara untuk menikmati hidup bersama Illahi. Ibadah solat adalah yang paling utama dan yang menjadi tiang agama Islam. Solat terhadap Allah adalah cara untuk bercakap dengan Allah. Dengan setiap bacaan dan doa yang dibaca di dalam solat adalah benda yang dicakapkan dengan Allah iaitu meminta petunjuk,keampunan dan pertolongan dari Allah.Dengan kegiatan seperti inilah kita dapat merasakan menikmati hidup berssam aIlahi.

2.   Menjauhi maksiat
Dalam hal ini bahagaian yang pertama, iaitu meninggalkan larangan, adalah lebih berat dari yang bahagian yang kedua, iaitu menunaikan yang diperintah. Ini adalah kerana pada hakikatnya bahagian yang diperintah boleh dlakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Walhal, untuk meninggalkan yang dilarang, ianya hanya dapat dilakukan oleh mereka yang berjiwa luhur dan berhati bersih.

3.     Membaca Al-quran
Kandungannya merangkumi segala dasar syariat yang ada dalam kitab suci diturunkan sebelumnya. Mereka yang beriman dengan al-Quran akan membaca, memahami, beramal serta mengajarnya kepada orang lain. Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca.

4.   Bersyukur akan nikmat Allah
Nikmat adalah salah satu bentuk ujian yang akan membawa manusia memperoleh darjat yang lebih tinggi, di dunia dan di akhirat. Namun sangat disayangkan, ternyata nikmat juga merupakan salah satu bentuk ujian Allah swt bagi hamba-Nya yang banyak melalaikan mereka dari mengingat dan taat kepada Allah swt.

5.     Sentiasa bertaubat kepada Allah setelah membuat dosa kepadaNya
Sebagai manusia kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa,namun kita dikurniakan akal untuk memilih atau membezakan yang manakah benar dan yang manakah salah. Adalah amat rugi jika kita berkekalan dalam kesalahan ataupun dosa yang kita lakukan baik sengaja ataupun tidak. 
 
6.      TAQWA
Kalimah ‘Taqwa’ asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.

7.     MUHASABAH DIRI
Pada fahaman saya,  muhasabah diri bermaksud kita berfikir dan ingat kembali apa yang sudah kita lakukan, sama ada banyak berbuat baik atau banyak berbuat salah. Kalau kita berbuat salah kepada Allah.,bertaubatlah dan kalau kita berbuat salah pada orang lain, hendaklah kita meminta maaf.

8.    Berzikir
Zikir atau mengingat Allah adalah apa yang dilakukan oleh hati dan lisan berupa tasbih atau mensucikan Allah SWT, memuji dan menyanjungNya, menyebut sifat-sifat kebesaran dan keagungan serta sifat-sifat keindahan dan kesempurnaan yang telah dimilikiNya.

9.     MELAKUKAN AMALAN-AMALAN SUNAT DAN MENGERJAKAN IBADAT SUNAT
Melakukan amalan-amalan sunat seperti menderma kepada institusi-institusi yang layak menerima,bersedekah kepada fakir miskin. Mengerjakan ibadah-ibadah sunat pula adalah bangun dari tidur pada waktu malam untuk solat taubat,tasbih,tahjud,sunat dan sebagainya.

10.  SABAR MENGHADAPI DUGAAN ALLAH
Sesungguhnya kita hendaklah bersabar menghadapi semua dugaan dan ujian hidup ini kerana disebalik sabar itu ada ganjaran syurga yg menanti.  Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi.

2 ulasan: