JellyPages.com

Sabtu, 16 Mac 2013

ZIKIR PENENANG HATI



ZIKIR PENENANG JIWA

Banyak amalan yang diperintahkan dan oleh Allah kepada hambaNya,antaranya ialah zikir. Zikir bermaksud memperingati Allah dengan bertaubat,bersyukur.memuji kepadaNya. Amalan ini adalah amalan utama yang tidak boleh diabaikan oleh orang islam kerana amalan ini akan menunjukkan iman dan islamnya seseorang itu. Oleh itu.amalan ini sangat penting dalam kehidupan  dan kita  terapkan dalam diri sebagai khalifah Allah dan umat islam di muka bumi ini. Zikir juga adalah amalan yang paling mulia di sisi Allah.

Zikir adalah amalan yang dilakukan melalui hati dengan memperbanyakkan berfikir,merenung dan muhasabah diri atau  melalui lisan dengan menyebut kalimah-kalimah agung seperti istigfar,tasbih,tahmid.takbir dan lain-lain. Setiap kalimah itu ada maksud dan hikmahnya yang tersendiri. Dengan menyebut kalimah-kalimah itu,kita berasa ada hubungan yang dekat dengan Allah S.W.T pada setiap masa dan keadaan Allah melihat kita. Dengan itu,kita tidak akan berani melakukan dosa dan kita rasa takut akanNya.
Apabila kita ditimpa musibah justeru hati kita menjadi gelisah dan tidak tenteram, kita hendaklah berzikir dengan memperingati Allah. Ini kerana,hanya dengan berzikir,hati kita menjadi tenang dan tenteram. Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah dalam surah Ar.Ra’d,ayat 28,(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.
Zikir juga adalah amalan yang ringan tetapi berat timbangannya disisi Allah. Amalan-amalan yang dituntut Allah kepada hambaNya mesti mempunyai kehebatannya sendiri seperti amalan zikir ini,walaupun amalan ini amalan yang ringan berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Ini kerana amalan zikir dilakukan melalui hati dan lisan sahaja sedangkan amalan-amalan lainnya perlu dilakukan dengan anggota tubuh badan,hati dan lisan juga. Dengan kita memperbanyakkan amalan berzikir,mudah bagi kita untuk khusyuk dalam beribadat kepada Allah seperti menghadap Allah iaitu solat.
Antara kehebatan amalan ini adalah dapat menyucikan diri iaitu merawat penyakit-penyakit batin yang ada di dalam diri kita seperti sombong,bersangka buruk,cemburu,suka dipuji dan lain-lain. Disebabkan itulah,Allah menyuruh kita sebagai umatNya mengamalkan zikir pada setiap hari. Dengan itu,kita akan mendapat fadhilat,hikmah dan ganjaran pahala yang besar disisiNya dengan menerapkan amalan zikir pada hari-hari kita.

1 ulasan: