Pada hari khamis bersamaan dengan 28 Mac 2013, saya dan kawan-kawan
telah pergi ke program yang dinamakan Malam Palestin Kami Bersamamu pada pukul
8.30 malam yang bertempat di DKP 3 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Personaliti
undangan yang diundang khas untuk menjayakan program ini adalah farrah Adeeba
dan Salima Habibi sebagai duta palestin. Banyak pengalaman mereka semasa pergi
dan berada di bumi Palestin yang dikongsikan dengan kami. mereka juga
menyarankan bahawa sesusah-susah rakyat Malaysia, susah lagi rakyat Palestin
dan umat Islam mestilah bersatu padu untuk menjadikan negara kita (negara
Malaysia) sentiasa aman dan damai yakni jangan lah kita berpecah belah.
Antara pengalaman mereka yang mereka ceritakan sewaktu mereka melawat
rakyat Palestin yang masih selamat dan berada di dalam sebuah hospital di bumi
Palestin adalah mereka ada menemui seorang lelaki tua yang sudah kehilangan
isteri dan anak-anaknya kerana meninggal dunia semasa peperangan oleh golongan
yahudi laknatullah. Beliau berkata
kepada mereka Isteri dan anak-anakya meninggal dunia di depan mata dan
kepalanya sendiri. Lelaki tua tersebut kehilangan sebelah kakinya. Beliau
mengatakan kakinya sudah menunggu beliau di Syurga Allah.
Apabila ditanyakan oleh mereka tentang perasaan beliau selepas
kehilangan orang yang tersayang. Beliau mengatakan bahawa beliau redho dengan
ketentuan Allah dan berasa sedih tetapi
tidak lama, bahkan beliau gembira kerana ahli keluarga beliau sudah menjadi
Mujahidin dan Mujahidat di Syurga Allah. Mereka juga ada menyanyakan kepada
beliau soal macam mana beliau nak teruskan hidup tanpa orang-orang yang
tersayang, beliau menjawab bliau akan kahwin dan ingin melahirkan anak-anak
yang ramai untuk dilahirkan sebagai pejuang-pejuang Islam di bumi Palestin.
Mereka menyatakan bahawa jawapan beliau di luar jangkaan mereka sendiri. Mereka
juga terkejut mendengar jawapan lelaki tua itu.
Selain itu, mereka juga menayangkan video kepada kami sewaktu
peperangan dan bom dilepaskan kepada rakyat di bumi palestin. Ramai diantara mereka
yang meninggal dunia dan ramai juga yang cedera parah terutama golongan wanita
dan kanak-kanak. Sungguh syahdu sekali saya melihat mereka yang meninggal
dunia,cedera parah, dan yang kehilangan ahli keluarga mereka. Mereka juga ada
memberitahu kami yang bantuan dan derma dari rakyat negara Malaysia yang
mula-mula sampai di bumi Palestin dan rakyat di negara turki.
Dengan itu, saya dapat merasakan betapa sakit dan deritanya mereka
yang terselamat untuk meneruskan hidup tanpa orang-orang yang disayangi di sisi
mereka. Tetapi mereka redho dengan ketentuan Allah ini terhadap mereka malah
mereka bersyukur kerana ahli keluarga mereka sudah menjadi mujahidin dan
mujahidat di Syurga Allah. Selepas saya mengikuti program seperti ini, saya
sangat bersyukur kepada Allah kerana tinggal di bumi Malaysia yang aman dan
damai tanpa serangan musuh dan peperangan tidak diingini, الحمد لله.